Oct 1, 2010

011010

Minggu ini telah dijalankan pembentangan tentang ikhtiar hidup.


Kumpulan saya terdiri dari empat orang lelaki terakhir dari HSM115 :p Kami membuat pembentangan berkenaan tempat berlindung (shelter) di dalam hutan.


Kumpulan lain membuat pembentangan mengenai sungai, tanda-tanda isyarat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.


Setiap kumpulan perlu membawa kertas mahjung bertulis nota-nota ringkas dan peta minda. Kumpulan kami membuat pembentangan yang pertama. Setelah habis semua pembentangan, kami pun pulang. :)


Nota pembentangan kami:


Asas Perlindungan


Apabila memilih kawasan untuk membina tempat perlindungan, anda perlulah dekat dengan sumber air. Elakkan benda bahaya seperti pokok mati, tebing dan laluan air kering. Pokok mati berupaya untuk patah dan menghempap anda. Tebing pula boleh runtuh dan laluan air kering akan bertukar menjadi sungau sekiranya hujan lebat.


Jangan tidur di atas tanah. Gunakan rumput atau daun-daun kering sebagai sumber haba untuk membantu mengekalkan suhu badan pada tahap normal di malam yang dingin. Tempat perlindungan anda mestilah mempunyai ruang pengudaraan terutamanya apabila mahu unggun api berada dekat dengan tempat perlindungan. Gunakan batu besar atau dahan pokok untuk menutup pintu tempat perlindungan.


Membina Tempat Perlindungan


Anda perlulah kreatif dalam pembinaan tempat perlindungan. Anda perlulah menggunakan apa-apa sahaja yang berguna untuk dijadikan tempat perlindungan. Sekiranya terdapat barang-barang yang berguna yang ditinggalkan oleh orang lain, gunakan barang-barang tersebut sebelum menggunakan barang sendiri.


Tali memanjat, beg plastik koyak atau pun tali memanjat boleh digunakan dalam pembinaan. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya alat seperti poncho, hammock nilon, dan parachute digunakan sebagai bumbung tempat perlindungan kerana bercirikan kalis air.

No comments:

Post a Comment