Oct 1, 2010

011010

Minggu ini telah dijalankan pembentangan tentang ikhtiar hidup.


Kumpulan saya terdiri dari empat orang lelaki terakhir dari HSM115 :p Kami membuat pembentangan berkenaan tempat berlindung (shelter) di dalam hutan.


Kumpulan lain membuat pembentangan mengenai sungai, tanda-tanda isyarat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.


Setiap kumpulan perlu membawa kertas mahjung bertulis nota-nota ringkas dan peta minda. Kumpulan kami membuat pembentangan yang pertama. Setelah habis semua pembentangan, kami pun pulang. :)


Nota pembentangan kami:


Asas Perlindungan


Apabila memilih kawasan untuk membina tempat perlindungan, anda perlulah dekat dengan sumber air. Elakkan benda bahaya seperti pokok mati, tebing dan laluan air kering. Pokok mati berupaya untuk patah dan menghempap anda. Tebing pula boleh runtuh dan laluan air kering akan bertukar menjadi sungau sekiranya hujan lebat.


Jangan tidur di atas tanah. Gunakan rumput atau daun-daun kering sebagai sumber haba untuk membantu mengekalkan suhu badan pada tahap normal di malam yang dingin. Tempat perlindungan anda mestilah mempunyai ruang pengudaraan terutamanya apabila mahu unggun api berada dekat dengan tempat perlindungan. Gunakan batu besar atau dahan pokok untuk menutup pintu tempat perlindungan.


Membina Tempat Perlindungan


Anda perlulah kreatif dalam pembinaan tempat perlindungan. Anda perlulah menggunakan apa-apa sahaja yang berguna untuk dijadikan tempat perlindungan. Sekiranya terdapat barang-barang yang berguna yang ditinggalkan oleh orang lain, gunakan barang-barang tersebut sebelum menggunakan barang sendiri.


Tali memanjat, beg plastik koyak atau pun tali memanjat boleh digunakan dalam pembinaan. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya alat seperti poncho, hammock nilon, dan parachute digunakan sebagai bumbung tempat perlindungan kerana bercirikan kalis air.

Sep 3, 2010

Simpulan Angka Lapan (Figure Eight Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN ANGKA LAPAN.

Simpulan angka lapan digunakan untuk mematikan ikatan. Kelebihan simpulan ini ialah ia lebih mudah dibuka berbanding simpulan mati. Walaubagaimanapun, Simpulan angka lapan berkembar (double figure eight loop) lebih selamat untuk digunakan semasa melakukan aktiviti seperti pendakian.

Tindih Kasih (Bowline Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN TINDIH KASIH.

Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat lubang tali yang tidak menjerut. Simpulan ini berguna untuk kerja-kerja menyelamat (naik atau turun) dimana simpulan ini akan diikat pada pinggang mangsa (manusia atau binatang), kemudian mangsa akan di tarik ke tempat selamat. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat dan menarik kayu.

Simpul Manuk (Clove Hitch)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPUL MANUK.

Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada batang kayu, mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh, mengikat khemah pada tiang kayu dan memulakan ikatan pada kayu. Simpulan ini penting bagi membuat gadjet perkhemahan daripada buluh atau kayu untuk dijadikan tempat letak barang, tempat jemuran pakaian dan sebagainya.

Bunga Keti (Sheet Bend)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN BUNGA KETI.

Simpulan bunga keti digunakan untuk menyambung hujung dua tali yang tidak sama besar. Sebagai contoh, tali perahu dengan tali kapal.

Buku Sila (Reef Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat IKATAN BUKU SILA.

Ikatan buku sila digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar. Ia lebih digunakan secara meluas untuk mengikat kain anduh bagi membalut luka. Ini kerana ikatan ini mudah dimatikan dan juga senang dibuka semula.

Aug 27, 2010

Aug 20, 2010

200810


KHEMAH :)

 Apa itu khemah? Tempat berlindung mudah alih kot. Minggu ni saya belajar cara-cara memasang khemah pasang siap berbentuk igloo ni. Sebagai beginner, khemah ni mudah digunakan, dipasang, disimpan dan lain-lain. Pendek kata khemah ini serba mudah. Tapi perlu lah tahu cara-caranya.

Kalau da novice, boleh pergi camping bawa poncho je. Kalau da expert, boleh pergi camping sehelai sepinggang.




Lepas pasang khemah, kami perlu lipat semula khemah ni untuk muatkan dalam bag. Kena lipat betul-betul dengan saiz tepat. Kalau silap, susahlah nak masukkan dalam bag.

Khemah ni ada macam-macam jenis. Kalau nak yang elok, belilah yang mahal sikit tapi jangan tertipu dah la.

Selamat ber-camping :)

Aug 13, 2010

130810


Minggu ini, kelas dijalankan tentang peralatan perkhemahan. Pelajar diminta membawa satu peralatan untuk perkhemahan. Ada yang bawa sleeping bag, mancis, lighter dan lain-lain. Saya bawa lighter aje. Senang, kecil.

Encik Muiz membawa macam-macam peralatan seperti bag camping, tali dan peralatan memanjat.

Pelbagai ilmu berguna saya peroleh. Antaranya ialah cara untuk memilih bag sebelum pergi berkhemah. Saiz bag perlulah sesuai dengan saiz badan seseorang.


Aug 6, 2010

060810

Minggu ni tak snap gambar langsung sebab buat water confident. Basah. Takut nak pegang phone. :D

Ok, minggu ni dapat berkayak. Seperti biasa, sebelum berkayak ada latihan cara-cara untuk menggunakan paddle. Kemudian, Encik Muiz mengarahkan semua ahli untuk masuk kedalam air untuk sesi water confident. Confirm basah kuyup dengan air yang agak berbau pelik.

Yang penting saya dapat berkayak dengan baik (hohoho tanggapan sendiri). Sebelum berlegar-legar disekeliling tasik, kami ber-rafting.


Lepas rafting, Encik Muiz memberi arahan tentang laluan yang harus dilalui. Kemudian kami berkayak pusing-pusing tasik. Selesai untuk hari ni. Puas sebab dapat berkayak. :D

Jul 30, 2010

300710


Finally, KAYAK!

Datang lewat sebab hujan lebat. Sampai pukul 6.00, so da terlepas penerangan pasal kayak. Info-info tentang anatomi kayak dalam blog ni cume hasil dari Googling.

Walaupun datang lewat, masih sempat lagi belajar paddling. Satu tangan genggam kemas, satu tangan longgarkan. Bila buat putaran, paddle akan automatik berputar dengan baik. Senang hehe.

Tapi minggu ni tak dapat berkayak. Kayak tak cukup, so terpaksa tunggu minggu hadapan. :(



Serba sedikit anatomi kayak.



Paling penting kena tahu bahagian hadapan dan belakang kayak. Bila dah tahu, baru boleh masuk ke dalam kayak. Kemudian pastikan mane bahagian depan dan belakang paddle. Supaya apabila kayuh, kayak bergerak. Kalau paddle terbalik, kayak tak bergerak laa kan. :)

Jul 23, 2010

230710


Pada 23 Julai, perjumpaan kelab yang pertama selepas perjumpaan di padang kawad. Encik Muiz menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh ahli kelab seperti berkayak dan lain-lain lagi.

Encik Muiz juga memaklumkan bahawa aktiviti berkayak akan diadakan pada minggu hadapan di Tasik Seksyen Dua berdekatan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.


Jul 16, 2010

Kelas Batal

"Tunggu, tunggu, tunggu. Dah 6.00. Call En Muiz tapi tak jawab. Tak kan empat pelajar aje yang hadir? Tunggu lagi, dah 6.30, takde orang lain datang da. Encik busy kot, chow je laa." -monolog dalaman

Lepas maghrib dapat satu sms :)

OH Kelas batal..

Jul 10, 2010

100710: Taklimat Koku

Taklimat kokurikulum diadakan pada 10 Julai 2010 bertempat di Padang Kawad UiTM Shah Alam. Setelah pembahagian mengikut kursus diadakan, En Muiz memberi sedikit taklimat ringkas kepada pelajar yang mengambil kursus HSM115 Kumpulan A dan B. Kemudian En Muiz menyambung taklimat yang lebih terperinci untuk pelajar HSM115 Kumpulan C dan HSM225.

Maaf, ayat terlebih skema. :)