Sep 3, 2010

Simpulan Angka Lapan (Figure Eight Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN ANGKA LAPAN.

Simpulan angka lapan digunakan untuk mematikan ikatan. Kelebihan simpulan ini ialah ia lebih mudah dibuka berbanding simpulan mati. Walaubagaimanapun, Simpulan angka lapan berkembar (double figure eight loop) lebih selamat untuk digunakan semasa melakukan aktiviti seperti pendakian.

Tindih Kasih (Bowline Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN TINDIH KASIH.

Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat lubang tali yang tidak menjerut. Simpulan ini berguna untuk kerja-kerja menyelamat (naik atau turun) dimana simpulan ini akan diikat pada pinggang mangsa (manusia atau binatang), kemudian mangsa akan di tarik ke tempat selamat. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat dan menarik kayu.

Simpul Manuk (Clove Hitch)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPUL MANUK.

Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada batang kayu, mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh, mengikat khemah pada tiang kayu dan memulakan ikatan pada kayu. Simpulan ini penting bagi membuat gadjet perkhemahan daripada buluh atau kayu untuk dijadikan tempat letak barang, tempat jemuran pakaian dan sebagainya.

Bunga Keti (Sheet Bend)

Di atas adalah cara-cara membuat SIMPULAN BUNGA KETI.

Simpulan bunga keti digunakan untuk menyambung hujung dua tali yang tidak sama besar. Sebagai contoh, tali perahu dengan tali kapal.

Buku Sila (Reef Knot)

Di atas adalah cara-cara membuat IKATAN BUKU SILA.

Ikatan buku sila digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar. Ia lebih digunakan secara meluas untuk mengikat kain anduh bagi membalut luka. Ini kerana ikatan ini mudah dimatikan dan juga senang dibuka semula.